Date: Khamis, Oktober 25, 2018

Jabatan Kerja Raya (JKR) sekali lagi melakar kejayaan gemilang dengan memperoleh  Tempat Pertama dalam "JOHOR MOSQUE ARCHITECTURAL DESIGN IDEA COMPETITION 2018" anjuran Pertubuhan Arkitek Malaysia dan Kerajaan Negeri Johor. Pertandingan terbuka yang disertai firma-firma arkitek seluruh Malaysia membuktikan hasil rekabentuk Arkitek JKR setanding malah dapat menandingi rekabentuk firma arkitek terkemuka di luar. 

Pertandingan yang berobjektifkan rekabentuk masjid beridentiti Johor ini merupakan hasil idea gabungan Akitek dari Ibu Pejabat JKR dan JKR Johor iaitu Ar. Zainal Mat Rais, Ar. Mohamad Nazli Ramli, Muhammad Zaki Abd Manaf, Isma 'Adleena Abdul Azis, Mohd Ghazali Jaafar dan Siti Anisah Md Yusoff. 

Berikut adalah senarai pemenang :-

Tempat pertama : Jabatan Kerja Raya
Tempat kedua : Sacha and Tan Architects Sdn.Bhd
Tempat ketiga : Ong & Ong 360 Consultancy Sdn Bhd

Honorary Mentions
1. GSD Architects
2. Laras Architects Sdn Bhd
3. RSP Architects Sdn Bhd
4. Samsiah Architects 
5. Yean Ng Architects

Syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi kepada semua perekabentuk yang terlibat. Diharap semoga kejayaan ini dapat memartabatkan JKR di dalam industri Senibina khususnya dan sebagai pembakar semangat kepada professional di JKR secara keseluruhannya.