Date: Rabu, April 10, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah meluluskan pemangkuan YBhg. Dato’ Haji Othman Bin Nordin ke Jurutera Awam Gred Utama C dan ditempatkan sebagai Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang berkuat kuasa 10 April 2019.

Penyerahan watikah  telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Ir. Dr. Meor Abdul Aziz bin Hj. Osman Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) yang menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya dengan diiringi oleh YBrs. Ar. Zairul Azidin bin Badri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) dan YBrs. Ir. Kamaluddin bin Hj. Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) serta YBrs. Puan Mastura binti Shaari, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat telah diadakan pada pagi Rabu, 10 April 2019 bertempat di Aras 33, Blok G, Menara Kerja Raya.

Seluruh warga JKR Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pemangkuan tersebut dan menaruh kepercayaan penuh kepada beliau untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang seterusnya mengharumkan nama jabatan.