Date: Jumaat, Mei 18, 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam telah bersetuju meluluskan kenaikan pangkat YBRS. HJ. MOHD RAZALI BIN DERAHMAN, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT, CAWANGAN DASAR DAN PENGURUSAN KORPORAT ke Gred Utama C secara Khas Untuk Penyandang (KUP) berkuat kuasa mulai 20 Mei 2018.

Seluruh warga JKR Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat tersebut. Semoga kenaikan pangkat beliau akan memberi inspirasi kepada seluruh warga JKR yang lain untuk terus berusaha gigih dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan demi kecemerlangan jabatan.