Date: Rabu, March 13, 2019

Seluruh warga JKR Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Ir. Haji Wan Mohamad Hilmi bin Wan Mahmud Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah Gred J54 yang ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri (Kader) dan ditempatkan di Bahagian Teknikal dan Infrastruktur, Seksyen Pengurusan Pasca Bencana, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai Pengarah memangku Gred Utama C berkuatkuasa mulai 11 Mac 2019.

Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 13 Mac 2019 di tingkat 33, Menara Kerja Raya.

Tahniah dan selamat bertugas.