Date: Selasa, Februari 21, 2023

31 JANUARI 2023 - Satu majlis penyampaian Sijil Pengurusan Projek Awam Bersepadu (3PAB) Jangka Panjang Tahun 2021 dan Sijil Pengurusan Projek Awam Bersepadu (3PAB) Bermodul Tahun 2022 telah diadakan di Auditorium INTAN Bukit Kiara yang telah dirasmikan oleh Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), YBhg. Datuk Dr. Alauddin bin Sidal dan penyerahan sijil kepada penerima Sijil 3PAB telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Kanan INTAN, YBrs. Salinah binti Ismail yang dihadiri oleh pegawai dari pelbagai kementerian/agensi terlibat. Seramai lima (5) orang pegawai daripada Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) telah berjaya dan ditauliahkan dalam majlis tersebut. Diharapkan dengan pengikitrafan ini, pegawai dapat menyumbang kepada kecemerlangan pelaksanaan projek jabatan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima sijil pentauliahan ini.

 

Senarai Penerima Sijil Pengurusan Projek Awam Bersepadu (3PAB) Jangka Panjang Tahun 2021:

1.  Ir. Muhamad Uzed bin Mahmud

2.  Ar. Mohd Rizal bin Mohd Abas @Mohd Razak

3.  Ts. Mohd Hafis bin Ahmad

4.  En. Mohd Abdul Aziz bin Mohamed

 

Senarai Penerima Sijil Pengurusan Projek Awam Bersepadu (3PAB) Bermodul Tahun 2022:

1. Ts. Soh Yee Ling