Date: Jumaat, Februari 7, 2020

Sukacita dimaklumkan Malaysian Structural Steel Association (MSSA) dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya (Cawangan Kejuruteraan Awam Dan Struktur) akan menganjurkan satu program SIMPOSIUM KEJURUTERAAN AWAM & STRUKTUR (SiKAS) pada 24 - 25 Mac 2020 bertempat di Pullman Kuala Lumpur, Bangsar.

Simposium ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan mewujudkan kesedaran kepada peserta mengenai teknologi terkini kejuruteraan seperti Building Information Modelling (BIM), Industrial Building System (IBS) termasuk penggunaan struktur keluli dan amalan terbaik kejuruteraan ke arah revolusi industry (IR 4.0)

Program ini terbuka kepada pelbagai sektor, Awam dan Swasta seperti Perunding, Kontraktor, Pelajar, Pensyarah serta Pembekal bagi berkongsi pandangan dan idea.

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan yang berminat adalah dijemput untuk menyertai. Penyertaan boleh dibuat secara atas talian melalui imbasan kod QR atau pautan https://tinyurl.com/RegSiKAS2020 (link is external) . Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 Mac 2020.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Urusetia Program, Ir. Sharifah Rafizah Binti Syed Husin di talian 03-26189257 @ emel kepada symposiumKAS2020 [at] jkr.gov.my

Yuran penyertaan adalah RM600 untuk Agensi Kerajaan dan RM700 untuk Agensi Swasta.

Sila klik untuk muat turun brosur penyertaan