Date: Khamis, Jun 8, 2017

Sistem GSOIL adalah sistem penggiliran lantikan kontraktor siasatan tapak secara atas talian bagi perolehan secara lantikan terus. Sistem ini telah dibangunkan oleh Cawangan Kejuruteraan Geoteknik dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat, CDPK, IPJKR, bagi memenuhi syarat kelulusan khas Kementerian Kewangan ruj: S/K.KEW/PK/MOF/D/29 JLD. 5 SK 4 (8) bertarikh 20 November 2015 dan Surat Arahan KPKR Bil. 5/2016.

Objektif GSoil adalah;

•      Sebagai satu platform sistem penggiliran kontraktor secara digital yang lebih telus dan teratur

•      Sebagai satu pengkalan data induk senarai kontraktor SI lengkap dengan rekod prestasi yang boleh dicapai dengan cepat

•      Bagi mempercepatkan urusan melantik kontraktor SI secara lantikan terus.

Pemakaian sistem ini adalah diwajibkan kepada;

·         Lain-lain cawangan di Ibu Pejabat JKR

·         JKR Negeri

·         JKR Daerah

Sistem ini telah mula beroperasi secara online pada 24 Februari, 2017 dan boleh dilayari melalui sesawang JKR https://gsoil.jkr.gov.my/ (link is external)

Ianya hanya boleh diakses oleh pengguna yang telah didaftarkan oleh pentadbir sistem (Pegawai Bahagian Siasatan Tapak CKG).

Sebanyak 4 sesi taklimat/ penerangan telah diadakan mengikut zon kepada semua wakil JKR Negeri dan JKR Ibu Pejabat dan sesi terakhir telah dijalankan pada 25 Mei 2017.

 

Sebarang pertanyaan berkaitan aplikasi ini boleh dimajukan kepada:

1.      Pn. Norzani bt Mahmood (JAPK) melalui emel norzani [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail))  / 03- 26184679

2.      Pn. Shuhda Silmi bt Mohd Zuhaili (JUB) melalui emel shuhda.jkr [at] 1govuc.gov.my ( (link sends e-mail))/ 03-26184621

3.      Pn. Hani Nadzrah bt Razali (JA) melalui emel HaniNR.jkr [at] 1govuc.gov.my ( (link sends e-mail))/ 03-26184631

4.      En. Chai Boon Tak (JA) melalui emel chaibt.jkr [at] 1govuc.gov.my ( (link sends e-mail))/ 03-26184633

5.      Pn.Shahirah binti Mohamed Kamal (PJUBK) melalui emel syahirah.jkr [at] 1govuc.gov.my ( (link sends e-mail))/ 03-26184622