Date: Selasa, March 20, 2018

YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telahpun mengadakan Mesyuarat Pelaksanaan Kajian IKPA 2018 dengan semua pengurus sumber manusia peringkat Kementerian pada 25 Januari 2018 yang lalu. Manakala Taklimat Kajian IKPA 2018 telah diadakan melalui enam fasa bermula 21 Februari 2018 hingga 7 Mac 2018 kepada semua pengurus sumber manusia sehingga ke peringkat Jabatan dan agensi. Bagi menjayakan kajian ini, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mensasarkan sekurang-kurangnya 60% daripada penjawat awam dalam setiap organisasi, yang merentasi pelbagai Kumpulan Perkhidmatan dan gred jawatan, agar menjawab kaji selidik secara dalam talian melalui pautan yang telah diaktifkan bermula 15 Mac 2018 seperti berikut: 

https://www.interactive1.jpa.gov.my/survey/index.php/814482/lang-ms (link is external)

Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan dimohon untuk melengkapkan kaji selidik berkenaan sebelum atau pada 10  April 2018Adalah diharapkan agar pihak YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan dapat mencetak dan menyimpan bukti pengisian kajian untuk tujuan pembuktian dan pemantauan setiap pejabat masing-masing.  

Segala kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan dalam  memastikan pelaksanaan kajian berjaya, adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.  

Unit Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Dasar Pengurusan Korporat
Ibu Pejabat JKR Malaysia