Date: Jumaat, Oktober 14, 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 
YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/ Puan

SURAT PERINGATAN: PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI POLITIK DAN AKTIVITI YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG SERTA BERTENTANGAN DENGAN NILAI DAN ETIKA  PERKHIDMATAN AWAM

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Sebagaimana yang YBhg. Datuk/ Dato’/Tuan/Puan sedia maklum, baru-baru ini beberapa insiden perhimpunan, bantahan, demonstrasi bermotifkan politik berlaku di beberapa kawasan di dalam negara. Terbaharu, terdapat insiden pergaduhan melibatkan beberapa kumpulan sebagaimana laporan media cetak, media sosial dan media arus perdana. Juga dilaporkan terdapat penjawat awam yang terlibat di dalam insiden tersebut.

3.    YBhg. Dato' Sri KPKR memandang serius terhadap perkara yang berlaku dan mengingatkan penjawat awam khususnya pegawai dan kakitangan Jabatan Kerja Raya agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan sedia ada melalui surat peringatan ruj. JKR-KPKR:121.010/05 Jld. 5 (4)  bertarikh 14 Oktober 2016 seperti yang dilampirkan bersama.

 4.    Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk/ Dato’/Tuan/Puan adalah diminta untuk memberi perhatian serius terhadap perkara ini dengan sentiasa mengingatkan pegawai dan kakitangan masing-masing agar sentiasa mematuhi peraturan dan melaksanakan pemantauan serta mengambil tindakan yang tegas sekiranya berlaku pelanggaran terhadap perkara ini.

 Sekian, terima kasih.

'Berkhidmat untuk Negara"

Saya yang menurut perintah,
 
 
DATO' Ir. HJ. MOHD JAMAL BIN SULAIMAN
Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat
Ibu Pejabat JKR Malaysia