Date: Selasa, November 28, 2023

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ir. Ts. Suhaizad Hj. Sulaiman, Timbalan Pengarah JKR Perak kerana telah dilantik sebagai Felo ELITE@UM, Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan di Universiti Malaya bermula daripada 8 November 2023.

Beliau juga telah dilantik sebagai Panel Penasihat bagi Program Sarjana Kejuruteraan Awam, Universiti Putra Malaysia dan Panel Penasihat Industri (Industrial Advisor Panel - IAP) untuk Politeknik Port Dickson.

Beliau berpengalaman luas di dalam bidang penyelidikan dan merupakan innovator JKR yang telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat Malaysia dan Antarabangsa. Beliau bersama pasukan pernah memenangi Pertandingan Grassroots Open Challenge (GOC) 2022 anjuran Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) & MOSTI dengan menghasilkan produk inovasi Multi Measurement Kit (MMK) dan mendapat hadiah RM100,000.00.

Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pemangkin kepada warga JKR untuk sama-sama memberi sumbangan kepada negara.

sijil