Date: Isnin, March 28, 2016
Sekalung Tahniah diucapkan kepada Dr. Mohd Nor Rashidi bin Haji Ab. Jalil, Penolong Pengarah Kanan Unit Projek Khas (UPK) 3 Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR di atas penganugerahan ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Alam Sekitar dan Pembangunan oleh Senat Universiti Kebangsaan Malaysia pada 16 Mac 2016.  
 
Beliau yang juga merupakan Pengurus Besar Pembinaan di UPK 3 telah menjalankan penyelidikan ke atas projek-projek pembinaan jalan jabatan dengan tajuk Tesis: Pembangunan Kriteria Pembinaan Lestari dan Penilaian Tahap Pematuhan Di Tapak Binaan.
 
SETINGGI TAHNIAH diucapkan