Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Setiausaha Negara telah meluluskan pemangkuan;
1. YBrs. Ir. Abdul Hadi bin Abdul Aziz ke Gred Utama C (memangku) sebagai Pengarah Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Ibu Pejabat JKR Malaysia mulai 1 Julai 2017.
2. YBrs. Ir. Mamat Rohizan bin Abdullah ke Gred Utama C (memangku) sebagai Pengarah Reka Bentuk, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia mulai 1 Julai 2017.
3. Puan Nik Ainun Zanariah binti Nik Abd Rashid ke Gred Utama C (memangku) sebagai Pengarah Khidmat Pakar dan Pengurusan, Cawangan Arkitek, Ibu Pejabat JKR Malaysia mulai 1 Julai 2017.
Sehubungan dengan itu, seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dirujuk kepada beliau. Seluruh warga JKR merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan ini. Dengan pengalaman, kewibawaan dan kepakaran yang dimiliki akan memantapkan lagi gandingan pengurusan atasan Jabatan Kerja Raya.
- 1070 bacaan