Date: Isnin, Oktober 16, 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Setiausaha Negara telah meluluskan penempatan YBrs. Ir. Gopal Narian Kutty, Pengarah, Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga sebagai Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR, memangku Gred Utama B mulai 4 Oktober 2017. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 16 Oktober 2017.

Seluruh warga JKR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Ir. Gopal Narian Kutty di atas pelantikan ini. Semoga YBrs. Ir. terus dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, profesional dan berintegriti dalam memastikan jabatan ini terus cemerlang.