Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Setiausaha Negara telah meluluskan penempatan YBrs. Ir. Muhammad Azman bin Jamrus, Pengarah Khidmat Pakar dan Pengurusan di Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur ditukar ke Cawangan Kerja Bangunan Am 1 sebagai Pengarah Kanan memangku Gred Utama B mulai 5 Disember 2017. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 5 Disember 2017.
Seluruh warga JKR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Ir. Muhammad Azman bin Jamrus di atas pelantikan ini. Semoga YBrs. Ir. terus dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, profesional dan berintegriti dalam memastikan jabatan ini terus cemerlang.
- 1121 bacaan