Date: Jumaat, April 8, 2016
Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Dato' Ir. Hj. Mohd Fazli bin Osman, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) berkuatkuasa 11 April 2016. Beliau menggantikan YBhg. Dato' Sr. Abdull Manaf bin Hj. Hashim yang telah bersara pada 4 April 2016.
 
Seluruh warga JKR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato' di atas pelantikan ini. Dengan pengalaman, kewibawaan dan kepakaran yang beliau miliki akan memantapkan lagi gandingan pengurusan atasan Jabatan Kerja Raya.