Date: Rabu, Julai 5, 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Setiausaha Negara telah meluluskan penempatan semula YBrs. Ir. Ab Hamid bin Haji Md. Daud, Pengarah JKR Negeri Terengganu sebagai Pengarah di Bahagian Perundingan Pengurusan Aset, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR, Gred Utama C mulai 1 Julai 2017. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 5 Julai 2017.

Seluruh warga JKR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Ir. Ab Hamid bin Haji Md. Daud di atas pelantikan ini. Semoga YBrs. Ir. terus dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, profesional dan berintegriti dalam memastikan jabatan ini terus cemerlang.