Sukacita dimaklumkan seramai 16 orang pegawai Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) telah berjaya menamatkan pengajian dan berjaya dianugerahkan Diploma Profesional Pengurusan Inovasi (Kelas Pertama) daripada pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 24 April 2016 bertempat di UTM, Skudai. Penganugerahan tersebut adalah diperolehi melalui program Value Creation Acceleration thru Creativity and Innovation Experience (VACCINE) hasil usahasama pihak UTM dan JKR. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), Ir.Hj. Mohd Daud Bin Harun selaku Ketua Pengurus Program, Sr. Junaidah Bt Sulaiman dan Nor Mala Suzi Bt Selamat.
Program VACCINE ini merupakan contoh quintuple helix innovation model yang memberikan banyak manfaat kepada lima (5) stakeholders iaitu JKR,UTM, peserta, kerajaan dan rakyat. Sehubungan dengan ini, para graduan yang telah dianugerahkan Diploma Profesional Pengurusan Inovasi ini adalah merupakan orang yang kompeten sebagai penyelesai apa jua masalah yang berkaitan dalam jabatan. Jutaan terima kasih kepada Y.Bhg. Datuk Ir. Hj. Adanan Bin Mohamed Hussain, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia di atas sokongan pihak Y.Bhg. Datuk untuk menjayakan program VACCINE sehingga berjaya.
Tahniah sekali lagi kepada para graduan seperti berikut :-
- Sr. Amran Bin Mohd Majid
- Pn. Analiza Binti Zakaria
- En. Azilan Bin Mohd Ali
- Cik Christina Anak Edmund Rambayan
- En. Gnana Sekaran a/l Doraisamy
- Pn. Hadijah Binti Shatar
- Ir. Haniff Bin Ab. Hamid
- Ir. Mohd Zaini Bin Abu Hassan
- Pn. Noliza Bt Din
- Cik Nor Amiza Shafinaz Binti Amir Abdullah
- Pn. Nooraini Bt Ibrahim
- Pn. Noraiyu Binti Buang
- Pn. Norhayati Binti Mohd Isa
- Pn. Salina Binti Sien
- Sumie Sarmieza Bin Abd Suki
- Sr. Syamilah Bt Yaakob
- 1052 bacaan