Date: Jumaat, Februari 26, 2016
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada JKR Daerah Temerloh, Pahang atas kejayaan menyiapkan dan menyerahkan Rumah Kekal Mangsa Banjir (RKMB). Sebanyak 7 daripada 8 Projek Rumah Kekal Mangsa Banjir berjaya diserahkan kepada Majlis Keselamatan Negara dan penerima projek bantuan rumah mangsa banjir bagi daerah Temerloh.
 
Kejayaan ini merupakan kebanggaan kepada warga JKR kerana dapat bersama-sama menyumbang bakti kepada rakyat seterusnya meningkatkan imej dan reputasi Jabatan di mata rakyat.Semoga kejayaan dan pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Jabatan.