Date: Isnin, Oktober 1, 2018

Setinggi-tinggi tahniah kepada Jabatan Kerja Raya Malaysia di atas pencapaian cemerlang bagi pengiktirafan lima bintang (100%) untuk Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS Tahun 2017 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, berbanding 99.20 pada tahun 2016. Ini merupakan pencapaian tertinggi yang boleh diperoleh sesebuah agensi kerajaan.

Upacara penyerahan sijil anugerah telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Datuk Borhan bin Dolah semasa Mesyuarat Jawatan Kuasa Pemandu HRMIS pada 1 Oktober 2018 bertempat di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya.

JKR Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga JKR yang terlibat dan berharap dengan penglibatan dan sumbangan daripada semua pihak akan dapat mengekalkan pengiktirafan 5 bintang ini di masa akan datang.