Date: Ahad, Mei 15, 2016

Setinggi- tinggi tahniah kepada Jabatan Kerja Raya Malaysia kerana berjaya mengekalkan pengiktirafan lima bintang (98.70%) untuk Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS bagi tahun 2015 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Penilaian KPI HRMIS telah mula dilaksanakan pada tahun 2009 ke atas Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA). Bagi tahun 2016, penilaian KPI HRMIS merangkumi kriteria berikut:
 
i. Pengemaskinian Data Penjawatan: Perbandingan bilangan penjawatan di antara HRMIS dan MyPost.
 
ii. Pemurnian data bagi 21 elemen di Data Penjawatan, Rekod Peribadi Dan Profil Perkhidmatan di HRMIS.
 
iii. Pelaksanaan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tahun 2016 melalui HRMIS.
 
iv. Pelaksanaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) bagi tahun 2016 melalui HRMIS.
 
v. Pelaksanaan Perisytiharan Harta melalui HRMIS dan
 
vi. Pelaksanaan Penamatan Perkhidmatan melalui HRMIS bagi Persaraan Paksa Kerana Had Umur (55/56/58/60), Penamatan Sukarela Persaraan Pilihan dan Kematian Dalam Perkhidmatan. 
 
Oleh yang demikian, JKR Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga JKR yang terlibat dan berharap dengan penglibatan dan sumbangan daripada semua pihak akan dapat mengekalkan pengiktirafan 5 bintang ini dimasa yang akan datang.