Date: Selasa, Januari 12, 2016

Warga JKR Malaysia mengucapkan tahniah kepada JKR Negeri Terengganu di atas Anugerah Khas Pengurusan Pelanggan Terbaik Negeri Terengganu 2015 (Kategori: Persekutuan) sempena Majlis Ucap Negeri dan Anugerah Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu 2016 yang telah berlangsung pada 12 Januari 2016 bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Hj Ahmad Razif B Abd Rahman. Tahniah Di Ucapkan.