Date: Rabu, Mei 4, 2016

Tahniah diucapkan kepada JKR Negeri Terengganu dan JKR Daerah Hulu Terengganu di atas kejayaan mendapat Pensijilan EKSA oleh MAMPU bermula pada  15 April 2016 sehingga 14 April 2018. Majlis pelancaran EKSA peringkat JKR Negeri Terengganu telah dilaksanakan pada 14 Mei 2015 dan sesi pengauditan oleh pihak MAMPU telah dilaksanakan pada 14 Mac 2016.

Di harap dengan kejayaan ini dapat memberi dorongan dan menjadi pemangkin kepada JKR Cawangan, Negeri dan Daerah yang lain untuk mendapatkan Pensijilan EKSA oleh MAMPU.