Date: Rabu, September 21, 2016

Dari kiri;
Ar. Mohd Firrdhaus Mohd Sahabuddin, Ar. Hasnah Yun, Ar. Norzaiti Ahmad Zubaidi, Ar. Norshahida Azili, Ar. Rafidah Ismail, Ar. Norshahrin Azmi
 
Barisan Belakang;
Ar. Nur Liyana Amer Hamzah, Ar. Nurul Hanani Che Mohd Zain, Ar. Zamhuri Ramli, Ar. Mirzam Taiman, Ar. Mohd Bukhari A. Razak

Tahniah diucapkan kepada 12 orang Arkitek Professional yang telah Berjaya Lulus Peperiksaan Bahagian 3 (LAM PART 3) yang telah diadakan pada 28 Mac 2016 yang lepas.  Satu Majlis Penyampaian Penganugerahan Sijil Professional telahpun diadakan pada 19 September 2016 di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur. Majlis Tersebut telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Datuk Ar. Prof. Dr. Amer Hamzah Mohd Yunus  selaku President Lembaga Arkitek Malaysia bersama Y. Brs. Ar. Jasmeet Pal Singh Sidhu selaku President Majlis Peperiksaan. Penganugerahan Sijil Professional tersebut membenarkan penggunaan gelaran ‘ Ar. ’ dihadapan nama sebagai seorang Arkitek Professional.

Semoga dengan penganugerahan ini akan menjadi pendorong kepada warga Arkitek yang lain untuk terus menuntut ilmu dan meneraju dalam memberikan perkhidmatan perunding teknikal seni bina yang terunggul.

Di atas kejayaan ini, Cawangan Arkitek & JKR mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah. Semoga ia menjadi pendorong untuk terus memberikan komitmen dan sumbangan kepada kecemerlangan JKR.