Date: Khamis, April 25, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah meluluskan pemangkuan YBrs. Ir. Zulakmal Bin Sufian ke Gred Utama A sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) mulai 25 April 2019. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Dr. Meor Abdul Aziz Bin Hj. Osman, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 25 April 2019 di tingkat 33, Menara Kerja Raya.

Seluruh warga JKR mengucapkan tahniah di atas kenaikan pangkat tersebut.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) dirujuk kepada beliau.