Tahniah diucapkan kepada ahli kumpulan EVOBILE daripada Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Sembilan diatas kejayaan mereka memperolehi Pingat Perak di "Pameran Pharma + Bio Asia 2016” dengan produk inovasi "KLiP MOBILE" yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC), pada 28-29hb September 2016. Produk “KLiP MOBILE” ini merupakan kolaborasi antara JKR Cawangan Mekanikal Negeri Sembilan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (SUKNS) di mana JKR melaksanakan inovasi terhadap lori 3 tan untuk di jadikan sebagai klinik bergerak , USIM menyediakan perkhimatan kepakaran klinik mata dan SUKNS membiayai keseluruhan kos produk.
Pharma + Bio Asia 2016 dianjurkan oleh Protemp Sdn Bhd dan “Malaysian Association of Research Scientists” (MARS) merupakan platform kepada pameran,persidangan dan pertandingan reka cipta dan inovasi “medical” dan “Pharmaceutical” asia yang ke dua belas (12) diadakan di Malaysia. Penyertaan JKR di dalam pameran ini merupakan penyertaan kali pertama dan seterusnya telah memenangi pingat perak di dalam kategori “Medical & Pharmaceutical”.
KLiP MOBILE merupakan singkatan kepada Klinik Pakar Mata Bergerak (mobile) yang dibuat dengan kerangka lori tiga tan yang diubahsuai untuk menempatkan meja konsultansi, katil pesakit, sinki, penyaman udara dan digerakkan dengan kuasa daripada sambungan terus elektrik, manakala kuasa genset serta kuasa solar digunakan sebagai back-up power. KLiP MOBILE juga dilengkapi dengan kemudahan “Whell Chair Lifter” bagi memudahkan warga emas dan OKU untuk berurusan. Kos keseluruhan produk KLiP MOBILE ini adalah RM600,000.00 jauh lebih murah berbanding dengan kos pembinaan pusat kepakaran rawatan mata yang menyediakan perkhidmatan yang sama iaitu RM 5 juta.
Semoga dengan penganugerahan ini akan menjadi pendorong kepada warga Jabatan Kerja Raya yang lain untuk terus memartabatkan budaya inovasi dalam melaksanakan kerja seharian.
Di atas kejayaan ini, JKR Malaysia mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah. Semoga ia menjadi pendorong untuk terus memberikan komitmen dan sumbangan kepada kecemerlangan JKR.
- 759 bacaan