Date: Jumaat, Disember 18, 2015
Setinggi-tinggi tahniah kepada JKR Negeri Perak di atas penghasilan produk inovasi Median Night Reflector Post atau pos pemantul cahaya malam yang menjadi produk JKR Malaysia yang pertama dikomersialkan dan akan dipasarkan ke seluruh negara.
 
Produk yang direkacipta dan dipasang bagi memberi amaran dan mengingatkan pemandu kewujudan pembahagi jalan terutama di beberapa kawasan yang berbahaya pada waktu malam turut memenangi tujuh anugerah antaranya Pingat Emas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK) pada 2009, Pingat Emas JKR Perak 2009, Pingat Perak JKR Malaysia 2009, Pingat Perak Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2014 dan Pingat Perak iCompEx 2015.