Date: Sabtu, November 12, 2016

JKR Malaysia mengucapkan setinggi tahniah kepada YBhg. Dato' Ir. Hj. Mohd. Daud bin Harun, Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, JKR Malaysia di atas pengurniaan Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K) sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Kelantan bagi Tahun 2016, yang membawa gelaran Dato'.

Warga JKR berbangga di atas penganugerahan ini yang menunjukkan pengiktirafan kepada JKR dalam pembangunan Negeri Kelantan.