Date: Jumaat, September 29, 2017

JKR Malaysia mengucapkan setinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Ir. Shuib Bin Tabri, Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia di atas pengurniaan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato' di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada hari Selasa, 26 September 2017.

Seluruh warga JKR merasa bangga di atas penganugerahan ini. Tahniah YBhg. Dato’.