Date: Isnin, Oktober 16, 2017

JKR Malaysia mengucapkan setinggi tahniah kepada YBhg. Datuk Ir. Ruslan bin Abdul Aziz, mantan Pengarah JKR Negeri Melaka di atas pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Melaka iaitu Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada hari Sabtu, 14 Oktober 2017. YBhg. Datuk kini berkhidmat sebagai Pengarah JKR Negeri Selangor.

Warga JKR berbangga di atas penganugerahan ini yang menunjukkan pengiktirafan kepada JKR dalam pembangunan Negeri Melaka.