Date: Selasa, March 1, 2016
YBrs.Ir.Hj.Nasir b Abd Hamid dan YBrs.Sr.Ratna bt Hj. Mahyuddin telah dilantik sebagai Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal dan Pengarah Kanan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan berkuatkuasa 1 Mac 2016. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Ir.Hj Adanan b Mohamed Hussain, Ketua Pengarah Kerja Raya di tingkat 33 Menara Kerja Raya pada pagi 1hb Mac 2016.
 
Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs.Ir.Hj.Nasir b Abd Hamid dan YBrs.Sr.Ratna bt Hj. Mahyuddin di atas lantikan tersebut. Semoga dengan pelantikan ini akan menjadi pendorong kepada mereka untuk terus memberikan komitmen kepada kecemerlangan JKR.