Date: Khamis, Januari 14, 2016

Tahniah diucapkan kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya; YBhg. Dato' Abdul Razak bin Jaafar kerana dianugerahkan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan yang membawa gelaran Dato'. Pengurniaan ini adalah sempena Hari Kelahiran ke-68 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan; Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Dato' Abdul Razak bin Jaafar telah berkhidmat di KKR sejak 17.09.2015 setelah bertukar daripada Kementerian Pertahanan. Sesungguhnya pengurniaan ini adalah satu penghormatan kepada KKR dan semua agensi di bawahnya. Kami di JKR turut merasa bangga di atas pengurniaan pingat ini dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau.