Date: Jumaat, November 17, 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Dato' Haji Jamilol Nasir bin Saad, Pengarah di JKR Negeri Perak (Gred Utama C) ditukarkan ke Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia dan ditempatkan secara Pertukaran Sementara ke Jabatan Perdana Menteri - Unit Perancang Ekonomi (Seksyen Pengurusan Nilai) untuk tempoh dua (2) tahun mulai 16 November 2017 hingga 15 November 2019 sebagai Pengarah Gred Utama B (Terbuka).

Seluruh warga JKR mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau di atas pelantikan ini. Semoga YBhg. Dato' terus dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, profesional dan berintegriti demi kecemerlangan jabatan.