Date: Khamis, March 21, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Haji Ibrahim bin Ahmad, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan telah dilantik sebagai Pengarah JKR Negeri Kedah berkuatkuasa 26 Mac 2019.

Seluruh warga JKR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau di atas pelantikan ini. Dengan pengalaman dan kewibawaan yang beliau miliki akan memacu JKR Negeri Kedah dengan lebih gemilang.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah JKR Negeri dirujuk kepada beliau.