Date: Isnin, Januari 23, 2017
Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Hanan bin Hj. Elias, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Keselamatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah dilantik sebagai Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkuatkuasa 16 Januari 2017. 
 
Seluruh warga JKR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau di atas pelantikan ini. Dengan pengalaman dan kewibawaan yang beliau miliki akan memacu JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan lebih gemilang.