Date: Selasa, November 27, 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Hj. Hamdan bin Ali, Jurutera Daerah Kinta, Perak telah dilantik sebagai Pengarah Gred J52 di JKR Negeri Perlis berkuatkuasa 3 Disember 2018.

Seluruh warga JKR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau di atas pelantikan ini. Dengan pengalaman dan kewibawaan yang beliau miliki akan memacu JKR Negeri Perlis dengan lebih gemilang.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah JKR Negeri dirujuk kepada beliau.