Date: Isnin, Julai 3, 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Hj. Wan Mohamad Hilmi bin Wan Mahmud, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah dilantik sebagai Pengarah JKR Negeri Kedah berkuatkuasa 3 Julai 2017.

Seluruh warga JKR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau di atas pelantikan ini. Pastinya dengan pengalaman dan kewibawaan yang beliau miliki akan memacu JKR Negeri Kedah dengan lebih gemilang.