Date: Selasa, September 24, 2019

Pada 19 September 2019 (Khamis), satu sesi Taklimat Dokumen Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) Keluaran 06 telah diadakan di Auditorium Institut Sosial Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang dihadiri oleh wakil pegawai JKR Cawangan, Negeri dan Daerah.

                                 


Taklimat ini bertujuan untuk memberi pemakluman berhubung pelancaran Dokumen SPB Keluaran 06 yang mula berkuatkuasa pada 19 September 2019 berdasarkan Surat Arahan KPKR (SAKPKR) bil. 24/2019 bertarikh 4 September 2019. Kelulusan penggunaan Dokumen SPB Keluaran 06 telah diperolehi melalui Mesyuarat Pengurusan Tertinggi JKR Malaysia pada 15 Ogos 2019 dan arahan bagi pemakaian SPB dalam sistem kerja JKR Malaysia tersebut melibatkan perubahan sepertimana berikut;
 

  1. Migrasi Sistem Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) dari OHSAS 18001:2007 kepada ISO 45001:2018
  2. Migrasi Sistem Pengurusan Tenaga (SPT) dari ISO 50001:2011 kepada  ISO 50001:2018;
  3. Penambahbaikan proses kerja Pengurusan Penyenggaraan  di dalam SPK – selaras perubahan Tadbir Urus Aset Tak Alih Kerajaan; dan
  4. Perubahan Standard Operating Procedure (SOP) Senggara Jalan.


Adalah diharapkan dengan adanya taklimat ini dapat memberi pendedahan dan pemahaman yang lebih jelas kepada pegawai JKR terhadap penggunaan dokumen terkini dalam memastikan objektif SPB dapat dicapai dengan jayanya.