Date: Jumaat, Oktober 1, 2021

Pada 1 Oktober 2021, Bahagian Pengurusan Perubahan & Prestasi (BPPP), CDPK telah menganjurkan taklimat mengenai kepentingan pelaksanaan Pelan Pengurusan Risiko oleh pihak MAMPU. Tujuan utama taklimat ini diadakan adalah untuk memperkasakan lagi kefahaman terhadap peranan dan tanggungjawab (Roles and Responsibility) Pegawai Prestasi dan Pegawai Risiko bagi pemantauan dan   pelaporan   Pelan   Strategik, Pelan Bisnes dan Pelan Risiko Jabatan (ERM).

Diikuti dengan pembentangan daripada Ir.Ts. Dr. Hj. Zarabizan bin Zakaria, Ketua Bahagian Pengurusan Perubahan dan Prestasi mengenai Way forward : Ke Arah Pelaksanaan Pelan Strategik bagi tahun 2022. Ianya bertujuan untuk memberi gambaran serta peringatan kepada semua Pegawai Prestasi dan Pegawai Risiko diperingkat Cawangan / Negeri termasuk Urusetia bahawasanya semua pihak perlu memainkan peranan sebaik mungkin bagi memastikan Pelan Strategik, Pelan Bisnes dan Pelan Pengurusan Risiko mencapai sasaran sepertimana yang telah digariskan.

Selain daripada taklimat, telah diadakan juga Mesyuarat Pemantapan Peranan Pegawai Prestasi Dan Pegawai Pemantau Risiko Cawangan / Negeri yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ir Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat. Mesyuarat yang mana ianya diadakan setahun sekali ini bertujuan sebagai medium:

      i.        Perkongsian   pengalaman   Cawangan   /   Negeri melaksanakan Pengurusan   Pelan   Bisnes   dan Pelan Pengurusan Risiko Cawangan / Negeri serta KPI Pengarah; dan

    ii.        Mengenalpasti isu dan masalah dalam pemantauan dan pelaporan Pelan Strategik, Pelan Bisnes dan Pelan Pengurusan Risiko Cawangan / Negeri serta KPI.

Mesyuarat dan taklimat ini telah dilaksanakan selama setengah hari yang dihadiri oleh lebih 80 orang peserta dikalangan Urusetia, Pegawai Prestasi dan Pegawai Risiko diperingkat Cawangan / Negeri. Program ini turut diakhiri dengan sesi soal jawab yang mana segala permasalahan yang ditimbulkan telah dibincangkan dan diperhalusi solusinya.

Selain itu juga agenda program ini termasuklah Perkongsian Pengurusan Strategik dan Pengurusan Risiko oleh Wakil Cawangan/Negeri JKR, di mana pada tahun ini Ir. Jayanthi a/p Chinapan, Jurutera Awam Kanan JKR Johor bagi pihak JKR Johor telah sudi berkongsi pengalaman dan kaedah pelaksanaan pengurusan risiko di organisasi mereka. Semoga pengalaman yang dikongsikan dapat membantu dan memberi idea kepada semua Pegawai Prestasi dan Pegawai Risiko diperingkat Cawangan / Negeri untuk menambahbaik kaedah pelaksanaan sediaada di organisasi masing-masing.

Buat pengetahuan semua, penganjuran program oleh BPPP ini merupakan salah satu agenda tahunan di bawah Sekretariat Strategik JKR dan merupakan usaha berterusan jabatan untuk memastikan JKR terus komited mencapai hala tuju dan bidang fokus yang telah ditetapkan dan kekal unggul sebagai agensi teknikal terulung negara.