Date: Isnin, April 3, 2017

Pada 30 mac 2017 (khamis) satu sesi taklimat Program Kelayakan Profesional Bertauliah JKR Bersama IEM telah diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Pakar Ybhg. Dato’ Ir. Hj. Mohd Fazli bin Osman.

Taklimat ini bertujuan untuk memberi panduan dan pendedahan kepada pegawai JKR yang akan mengambil kelayakan professional bertauliah (Profesional Engineer PE) untuk menambahkan bilangan pegawai profesional bertauliah di JKR. Taklimat ini diaturkan oleh YBrs. Ir. Gopal Narian Kutty, Pengarah, CASKT selaku Champion dan telah disampaikan oleh YBrs. Ir Hisham Yahaya member of IEM-PI Board.

Adalah diharapkan dengan adanya taklimat ini dapat memberi maklumat dan panduan untuk kelayakan professional bertauliah (Profesional Engineer PE).