Date: Khamis, Mei 17, 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat Ibu Pejabat JKR dengan kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk memohon mengikuti Pengajian Peringkat Sarjana dalam bidang  Kejuruteraan Rel secara Separuh Masa Sesi September 2018.

Syarat – syarat penawaran adalah seperti berikut;

1. MAKLUMAT PENGAJIAN

Maklumat pengajian Sarjana Kejuruteraan Rel yang ditawarkan adalah seperti berikut :

  1. Pengajian secara separuh masa selama dua (2) tahun di peringkat Sarjana.
  2. Yuran pengajian adalah RM18k-20k bagi keseluruhan semester.
  3. 1 semester bersamaan 14 minggu perjumpaan yang merangkumi :
  4. Kuliah dan ujian (F2F).
  5. Kuiz adan tugasan  (online).
  6. Peperiksaan akhir (1 minggu).
  7. 1-3 subjek yang ditawarkan setiap semester.
  8. Perjumpaan kuliah :
  9. 1 minggu – 2 kali perjumpaan (Sabtu & Ahad). Cadangan tempat pengajian adalah di CREatE.
  10. Masa kuliah : 9pagi hingga 5 petang.
  11. Maklumat subjek pengajian :
  12. (a) Tahun Pertama : Semester 1 ( 3 subjek = 9 kredit)
     Semester 2 (3 subjek = 8 kredit)
     Semester Pendek (1 subjek = Hadir wajib) 

    (b) Tahun Kedua    : Semester 1 (1 subjek = 3 kredit ) (Disetasi 1 = 5 kredit)
    Semester 2 (Disetasi 2 = 15 kredit)
  13. Sebanyak 6 subjek teras dan 2 subjek elektif yang akan ditawarkan bagi program ini.

2. SYARAT - SYARAT KELAYAKAN
Pegawai yang memohon hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut :

  1. Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap iaitu terbuka kepada pegawai gred J41 ke atas.
  2. Pegawai hendaklah telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini dan berkhidmat sekurang-kurangnya selama tiga (3)  tahun pada tarikh tutup permohonan.
  3. Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% ke atas bagi tempoh tiga (3) tahun skim perkhidmatan terkini secara berturut-turut (2015, 2016 & 2017). Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan;
  4. Memiliki syarat kelayakan akademik seperti berikut :


     
  5. Memiliki syarat kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) atau universiti yang setaraf dengannya.
  6. Memiliki kelayakan lain atau yang setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Senat Universiti.
  7. Permohonan terbuka kepada pegawai daripada disiplin Awam, Mekanikal, Elektrik, Senibina dan Ukur Bahan.
  8. Tiada penajaan daripada pihak universiti bagi pengajian yang diikuti. Bayaran yuran pengajian adalah dibawah tanggungan pegawai sendiri.
  9. Pemohon boleh memohon penajaan biasiswa melalui Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa yang ditawarkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi pengajian separuh masa. Walau bagaimanapun, keputusan penawaran biasiswa tersebut tertakluk kepada kuota dan syarat-syarat daripada pihak JPA.

3. TATACARA PERMOHONAN

i. Pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan seperti di Lampiran 2 dan 3 (2 salinan).
ii. Hanya pencalonan yang diperakukan oleh Ketua Jabatan sahaja yang layak untuk memohon program ini.
iii. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama-sama Salinan Ijazah Pertama lengkap dengan transkrip atau perincian peratusan markah/PNGK atau kelulusan yang setaraf dengannya yang telah disahkan (2 salinan).
iv. Pencalonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Jabatan ini secara hardcopy di alamat seperti berikut :

Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat
Tingkat 30, Blok G
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50582 Kuala Lumpur.
(u.p Unit Kompetensi)

v. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan dalam urusan ini boleh diajukan kepada :

Unit Kompetensi
Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan
Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat