Date: Rabu, Julai 18, 2018

Tawaran Menyertai ‘ Seminar Kejuruteraan Mekanikal JKR 2018’

Sukacita dimaklumkan bahawa Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM) dengan kerjasama Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM) akan menganjurkan ”Seminar Kejuruteraan Mekanikal JKR 2018 sepertimana ketetapan berikut;

                Tarikh : 30 Julai 2018 (Isnin)

                Masa : 8.00 pagi sehingga 5.30 petang

                Tempat : Dewan Utama CREaTE, Alor Gajah Melaka

Seminar ini akan menghimpunkan para kontraktor, perunding dan pembekal yang biasa terlibat di dalam industri pembinaan infrastruktur bagi projek-projek yang melibatkan skop kerja mekanikal. Justeru itu, ianya akan memberi peluang kepada peserta dalam mewujudkan jalinan kepakaran sesama mereka disamping mendapatkan pendedahan kepada dasar terkini yang diamalkan di Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM) JKR.

Peserta Seminar juga berpeluang berinteraksi bersama Pengarah Kanan CKM dimana dapat berkongsi maklumat dan pengalaman disamping mengetahui proses kerja di CKM yang berkaitan pengurusan pembinaan.   

Seminar ini terbuka kepada semua yang berminat dari pelbagai sektor samada perunding, kontraktor, pihak Universiti serta kakitangan awam dan swasta. Sila klik di sini untuk muat turun flyer seminar dan maklumat pendaftaran. Untuk pendaftaran sila layari:

http://goo.gl/forms/6ZRQkHqhx5yYHoTp1 (link is external)  

Tarikh tutup untuk pendaftaran adalah 25 Julai 2018.