Date: Selasa, Julai 10, 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Cawangan Kejuruteraan Geoteknik dengan kerjasama Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM) akan menganjurkan Seminar on Challenges in Design and Construction on Soft Ground seperti mana ketetapan berikut:

Tarikh             :  15 – 16 Ogos 2018
Tempat           :   Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia                       

Seminar ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai masalah dan cabaran yang dihadapi semasa melaksanakan pembinaan di tapak atas tanah lembut. Seminar ini juga bertujuan untuk membangunkan amalan kejuruteraan yang baik dalam kalangan industri pembinaan supaya dapat menangani isu dan cabaran yang berkaitan dengan lebih berkesan.

Seminar selama dua hari ini akan menghimpunkan pakar-pakar dalam bidang geoteknik untuk berkongsi pandangan dan pengalaman mereka dalam topik ini.

Seminar ini terbuka kepada semua yang berminat dari pelbagai sektor samada perunding, kontraktor serta kakitangan awam dan swasta. Sila klik di sini untuk muat turun flyer seminar dan borang pendaftaran. Tarikh tutup untuk pendaftaran adalah 31 Julai 2018.