Tawaran Pengisian Kekosongan Jawatan Secara Pinjaman
Tarikh Iklan : 23 November 2016
Tawaran adalah dipelawa kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred Jawatan Jurutera (Tetap) untuk mengisi kekosongan Gred Jawatan Pinjaman di BAHAGIAN PEMBANGUNAN HARTANAH, PERBADANAN ASET KERETAPI seperti berikut:-
Bil. | Gelaran Jawatan Pinjaman dan Penempatan | Disiplin dan Gred Jawatan Pinjaman | Bilangan Kekosongan | Gred Jawatan Pemohon | Senarai Tugas |
1. | Jurutera Kanan Bahagian Pembangunan Hartanah | Jurutera Awam Gred 44 | 1 Jawatan | Gred J41 atau Gred J44 | Sila Rujuk Lampiran I |
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut :-
a) Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 tahun 2012 Klausa 5(e) pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan profesional (P&P) apabila dipinjamkan ke gred lebih tinggi hendaklah telah berkhidmat di gred jawatan hakiki tidak kurang dari lima (5) tahun kecuali :
i. Memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Doktor Falsafah, tidak kurang daripada dua (2) tahun; atau
ii. Memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Sarjana, tidak kurang daripada (3) tahun.
Pegawai yang berkelayakan dan berminat adalah dipohon untuk mengemaskini maklumat peribadi dalam Sistem MyKJ dan mengemukakan permohonan maklumat (surat permohonan beserta Curriculum Vitae mengikut format yang disertakan) tidak lewat daripada 6 Disember 2016 kepada :
Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan
Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Aras 30, Blok G, Jalan Sultan Salahuddin
50480 Kuala Lumpur
Permohonan juga boleh diemelkan kepada pejabat kami : bpsk.jkr [at] 1govuc.gov.my
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai seperti dinyatakan
di bawah:-
En. Muhamad Razif Bin Norzali
Tel : 03-2618 8654
Faks : 03-2618 8678
Emel : MuhdRazif.jkr [at] 1govuc.gov.my
Ir. Waznah Bt Abdul Aziz
Tel : 03-2618 8652
Emel : waznah.jkr [at] 1govuc.gov.my
- 1264 bacaan