Date: Selasa, Mei 10, 2016
Untuk makluman, Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) merupakan sebuah Pusat Tanggung jawab (PTj) Akademik di Universiti Malaya yang menawarkan pelbagai program Pendidikan Sepanjang Hayat khusus kepada golongan dewasa bekerja. Semenjak penubuhannya pada tahun 1998, UMCCed telah pun melahirkan lebih 20 ribu graduan dalam pelbagai bidang pengajian dan ramai di antara mereka telah pun mengecapi pelbagai kejayaan sama ada dalam pembangunan kerjaya mahupun lanjutan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa UMCCed akan menawarkan 9 (sembilan) program Diploma Eksekutif pada Ambilan Julai 2016 seperti berikut :
1. *Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi)- status akreditasi MQA PENUH
2. *Diploma Eksekutif Pengurusan (Perniagaan) - status akreditasi MQA PENUH
3. *Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia) - status akreditasi MQA PENUH
4. Diploma Eksekutif Kaunseling - status akreditasi MQA PENUH
5. Diploma EKsekutif Pendidikan Awal Kanak-kanak - status akreditasi MQA PENUH
6. Diploma EKsekutif Pentadbiran Perakaunan - status akreditasi MQA PENUH
7. Diploma Eksekutif Teknologi Maklumat - status akreditasi MQA SEMENTARA
8. Diploma Eksekutif Pengurusan Teknologi Pembuatan - status akreditasi MQA SEMENTARA
9. Diploma Eksekutif Perbankan dan Kewangan Islam - status akreditasi MQA SEMENTARA
*(3) Tiga program ini turut ditawarkan di Pusat Pembelajaran UMCCed (PPU) di Kuantan, Kota Bahru, Alor Setar, Kulim & Bayan Lepas.
Bagi tujuan penyampaian maklumat ini secara lebih meluas di kalangan warga kerja, UMCCed berbesar hati menjemput warga kerja di organisasi tuan/ puan untuk hadir ke Sesi Taklimat Percuma kami seperti butiran berikut :
Tarikh : 21 Mei 2016 (Sabtu)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Auditorium, Institut Pengajian Siswazah, UM.
- 2595 bacaan