Teks Ucapan Penuh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak di United Nations General Assembly (UNGA) pada 01.10.2015
|
Antara isi ucapan PM adalah; "...Kita ialah negara-negara dunia. Tetapi konflik dan ancaman baharu yang membahayakan keamanan dan keselamatan kita tidak mengenal sempadan. Pelaku bukan negara, seperti kumpulan yang dikenali sebagai Islamic State, mengancam untuk memusnahkan kedaulatan negara-negara." "Lima tahun lepas saya berdiri di perhimpunan ini dan menggesa bagi Pergerakan Global Kesederhanaan bagi semua agama, bagi semua negara untuk meminggirkan ekstremis, menuntut semula pusat dan merumuskan agenda ke arah keamanan dan pragmatisme. Kami di Malaysia telah mengambil langkah susulan, baik dari segi tindakan praktikal dan dengan membina kapasiti intelektual. "Kita perlu memerangi ideologi IS yang menyeleweng: menjelaskan kenapa jalan mereka tidak Islamik; kenapa tindakan mereka jahat, tidak keruan dari segi teologi dan bercanggah dengan Islam yang memerintahkan kita untuk berilmu, berbelas kasihan dan rendah diri" "Berdekad-dekad bebas tanpa hukuman dan penyahmanusiaan secara sistematik terhadap penduduk Palestin telah mendorong kepada peningkatan kenganasan, memperluas penempatan haram dan peningkatan pencabulan hak asasi. Kekecewaan dan kemarahan dirasai rakyat Palestin turut dirasai umat Islam di seluruh dunia." |
- 994 bacaan