Date: Khamis, November 24, 2016
TAJUK: CERUN RUNTUH, RISIKO DAN PENYELESAIANNYA
 
Video temubual ini adalah di antara pengacara rancangan Malaysia Hari Ini, Ahmad Fetri Yahya bersama dengan YBhg Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) dan Ir. Zainal Arsad Md Amin, Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK), Cawangan Cerun, Jabatan Kerja Raya Malaysia.
 
Antara pengisian sesi temubual ini adalah berkaitan video klip/ tutorial “Ambil berat setiap perkara walaupun kecil”, yang bermesejkan, cerun yang selamat, dapat menyelamatkan nyawa.
 
Dato' Sri KPKR menjelaskan bahawa usaha ini adalah agar kesedaran mengenai risiko berlakunya kejadian tanah runtuh tatkala menjelang musim hujan dan tengkujuh ini dihayati oleh rakyat Malaysia. Turut di tunjukkan di dalam sesi temubual ini tanda-tanda awal kemungkinan berlakunya tanah runtuh khususnya di kawasan berisiko. Orang awam harus sentiasa berwaspada dan salurkan sebarang aduan kepada saluran-saluran aduan yang ditunjukkan. Selain itu JKR mempunyai 15 saluran untuk menyampaikan aduan.
 
Tips-tips berkaitan kejadian tanah runtuh, sebelum, semasa dan selepas kejadian juga ditunjukkan kerana kejadian seperti ini berkemungkinan akan berulang.
 
Sebagai penutup, Dato' Sri meminta agar masyarakat sentiasa berwaspada dan berkesedaran berkenaan isu tanah runtuh ini kerana impaknya sangat besar membabitkan nyawa dan menyelamatkan harta benda.