Date: Jumaat, Ogos 27, 2021

26 Ogos 2021- Syabas dan tahniah Jabatan Kerja Raya Malaysia atas kejayaan dalam sesi Temubual Eksklusif antara Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman bersama Timbalan Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), YBrs. Dr. Mohd Bakhari Bin Ismail.

Temubual ini diadakan oleh pihak MAMPU bagi meninjau perspektif Pengurusan Tertinggi JKR Malaysia berhubung pelaksanaan program Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan EKSA Do-It-Yourself (EKSA DIY). Tujuannya untuk mengukur tahap keberhasilan program EKSA dan EKSA DIY serta mendapatkan pandangan dan input daripada Pengurusan Tertinggi JKR mengenai cadangan mewujudkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA).

Program EKSA DIY merupakan pendekatan terkini yang diwujudkan oleh MAMPU bagi Jabatan/Agensi yang  telah memperoleh penarafan 5 Bintang dalam penilaian Indeks System Star Rating (SSR) yang lalu. JKR merupakan Agensi yang pertama dipilih untuk ditemubual oleh MAMPU atas reputasi lalu dan merupakan agensi teknikal yang telah berjaya memperolehi pensijilan EKSA bagi kesemua premis di peringkat  Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Syabas dan tahniah juga kepada warga JKR atas semangat dan iltizam yang tinggi dalam membudayakan amalan EKSA bagi mengekalkan persekitaran kerja yang kondusif dan sistematik demi kecemerlangan Jabatan Kerja Raya Malaysia.