Date: Isnin, Jun 6, 2016
UCAPAN SALAM RAMADHAN DARIPADA KETUA PENGARAH JKR MALAYSIA
 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh. Salam 1Malaysia dan Salam Ramadhan. Salawat serta salam kita curahkan kepada junjungan kita, Nabi Muhammad SAW beserta keluarga, sahabat & pengikutnya, sentiasa dalam bimbingan & redha Allah SWT, serta ditunjukkan jalan yang lurus bagi kita umat Muslim.
 
Syukur Alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala, kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua, kita masih diberi peluang sekali lagi untuk bertemu dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak 1537H ini. Inshaa Allah dengan izinNya, esok umat islam khususnya di Malaysia akan memulakan ibadah puasa di bulan yang penuh barakah ini.
 
Sempena bulan suci yang penuh rahmatNya dan keberkatan ini, marilah kita menyambut bulan mulia ini dengan hati yang bersih agar dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh ketulusan dan seikhlasnya agar dikurniakan barakah dan merasai nikmatnya Ramadhan ini.
 
Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada warga Jabatan Kerja Raya yang beragama Islam. Semoga kita diberi umur yang panjang serta barakahnya, sehingga kita dapat beribadah sepenuhnya di bulan suci Ramadhan ini. Aamiin Yaa Robbal ' Alamin.
 
Marhaban Yaa Ramadhan
 
Datuk Ir. Haji Adanan Mohamed Hussain
Ketua Pengarah
Jabatan Kerja Raya Malaysia