Date: Khamis, Ogos 15, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) Bil. 8 Tahun 2019 yang bersidang pada 17 Julai 2019 telah meluluskan kenaikan pangkat pegawai-pegawai seperti berikut:

                

 

Majlis penyampaian surat kenaikan pangkat tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Dr. Meor Abdul Aziz Bin Hj. Osman, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 15 Ogos 2019, di tingkat 33 Menara Kerja Raya. Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) dan YBrs. Puan Mastura Binti Shaari, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat.

Sehubungan dengan itu warga Jabatan Kerja Raya Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah diatas kenaikan pangkat tersebut. Semoga ia akan menjadi pendorong untuk terus memberikan komitmen kepada kecemerlangan JKR.