Date: Selasa, September 1, 2020

Tahniah diucapkan atas pelantikan Encik Syed Zubir bin Syed Husin sebagai Pengarah JKR Negeri Perlis berkuatkuasa mulai 1 September 2020.

Majlis penyampaian surat pelantikan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia pada 1 September 2020, di tingkat 33 Menara Kerja Raya. Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Ir. Razdwan bin Kasim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan).

Sehubungan dengan itu warga Jabatan Kerja Raya Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah diatas pelantikan tersebut. Semoga ia akan menjadi pendorong untuk terus memberikan komitmen kepada kecemerlangan JKR.